KAWASAN REKREASI YANG TERDAPAT DALAM MUKIM AYER PUTEH
Antara kawasan rekreasi yang popular di mukim Ayer Puteh ialah Pendang Lake Resort,Pekan Pendang. Kawasan ini merupakan bekas kawasan paya dan sawah padi. Ia merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi satu – satunya di Daerah Pendang. Pendang Lake Resort dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Pembangunan asal oleh Majlis Daerah Pendang.
Pendang Lake Resort turut dikenali juga sebagai Kolam Mada oleh penduduk setempat,kemudiannya ditukarkan kepada Rumah Rehat Pendang. Ia mula menjalankan operasi pada tahun 2003 dengan bilangan bilik hanya 10 buah, 1 dewan dan 2 asrama.
No comments:
Post a Comment