PENGENALAN



                                 LATAR BELAKANG MUKIM AYER PUTEH                            


Mukim Ayer Puteh terletak dalam daerah Pendang di negeri Kedah Darul Aman. Mukim Ayer Puteh merupakan mukim yang terbesar dalam daerah Pendang. Bersempadan dengan Mukim Padang Pusing (Sebelah Timur), Mukim Bukit Raya (Sebelah Utara), Mukim Gurun daerah Kuala Muda (Sebelah Selatan) dan Mukim Sala Kechil daerah Kota Setar (Sebelah Barat).

  Mukim Ayer Puteh mempunyai keluasan 13, 720 hektar atau 137.2 kilometer persegi. Ia berada berhampiran atau bersebelahan dengan Mukim Padang Pusing yang berada di Timur, Mukim Bukit Raya di sebelah utara. Selain itu, Mukim Ayer Puteh juga bersempadan dengan Mukim Gurun, Daerah Kuala Muda yang berada di sebelah selatan serta Mukim Sala Kecil, Daerah Kota Setar di arah barat.

  Terdapat enam puluh tujuh buah kampung yang ditadbir oleh enam puluh satu JKKK(P) (Jawatan Kuasa Dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan lima puluh tiga Majlis Ketua Kampung (MKK) di dalam Mukim Ayer Puteh





Lokasi Mukim Ayer Puteh


                                      SEJARAH TELAGA GAJAH PENDANG                                   



Setiap kawasan mempunyai sejarahnya tersendiri, begitu juga dengan nama daerah Pendang turut mempunyai kaitan dengan sebuah telaga bersejarah terdapat di pekan ini yang masih wujud sehingga kini.

  Telaga sejarah ini lebih dikenali sebagai Telaga Gajah merupakan tempat gajah dijinakkan dan dimandikan pada masa dahulu. Air telaga ini turut digunakan untuk kegunaan harian penduduk kawasan Pendang pada masa itu.

  Telaga Gajah yang berada di Laman Warisan Majlis Daerah Pendang (MDP) merupakan telaga asal yang airnya tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau panjang. Telaga ini turut mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila semua gajah mandi di situ adalah yang balik daripada menghantar ufti (bunga) emas ke negeri Siam memandangkan pada masa itu haiwan menjadi kegunaan pada zaman pemerintahan.




                                                 



  


                                                           PENGHULU                                                      


Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.

  Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Tanah.  Di samping itu penghulu juga merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.



Penghulu Mukim Ayer Puteh


                                            TUGAS/FUNGSI UTAMA :                                             

  •    Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
  •    Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
  •    Bidang sosal dan kemasyarakatan.
  •    Bidang Ekonomi
  •    Bidang Keselamatan
  •    Pendidikan


                                  TUGAS DAN FUNGSI PEMBANTU TADBIR                    

      Pembantu tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai tugas Penghulu Mukim dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.
  • ·         Pentadbiran Am Pejabat
  • ·         Pemantauan Pentadbiran JKKP
  • ·         Pengurusan Maklumat Mukim
  • ·         Info Kemasyarakatan
  • ·         Info Program Pembasmian Kemiskinan
  • ·         Pembangunan Insan
                                          


No comments:

Post a Comment

Penghulu Mukim:
ENCIK MUKHTAR BIN HAJI ABD.RASHID, AMK., PCK., BKM.