Tuesday 20 August 2013


LATAR BELAKANG DAERAH PENDANG                                  

Negeri Kedah adalah salah sebuah negeri yang terkenal aset pertanian dan kaya dengan tanaman makanan ruji bagi penduduk Malaysia iaitu padi. Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa negeri Kedah amat terkenal dengan panggilan ‘Negeri Jelapang Padi’. Selain itu kedudukan ibu negerinya juga, iaitu Alor Star adalah sangat menarik serta menawan kerana kedudukannya dikelilingi oleh kawasan tanah sawah yang luas.

Terdapat sebelas daerah di negeri Kedah Darul Aman. Kesemua daerah- daerah dalam negeri boleh dikatakan bermotifkan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Walaubagaimanapun, semakin hari sektor perindustrian semakin mendapat tempat di negeri ini. Antara salah satu daerah yang mempunyai pertumbuhan sektor pertanian ialah daerah Pendang. Daerah Pendang merupakan salah sebuah daerah dari sebelas daerah di Kedah yang telah diiktiraf dan diwartakan dalam Kerajaan Negeri Kedah pada 1hb. Februari 1957 sebagai sebuah daerah yang mempunyai pentadbiran tersendiri. Sebelum ini Pendang adalah sebuah daerah yang kecil (subdistrict) iaitu berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Star. Untuk informasi lebih mendalam, daerah Pendang mempunyai lapan mukim atau dengan kata lain di bawah satu pentadbiran daerah. Antara mukim tersebut ialah Ayer Puteh, Bukit Raya, Rambai, Tobiar, Padang Kerbau, Guar Kepayang, Padang Pusing, dan Padang Peliang. Setiap mukim ini ditadbir atau diwakili oleh seorang Penghulu Mukim. Penghulu ialah ketua yang bertanggungjawab menjaga kepentingan bagi seluruh mukim yang ditadbirnya sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.

            Daerah pendang bersempadan dengan daerah Kota Setar di Utara, daerah Yan di Barat, daerah Pendang Terap di Timur dan daerah Kuala Muda di Selatan. Keluasan Daerah Pendang ialah 62,930 hektar atau 621,185 km persegi.




ASAL - USUL PENDANG

Pendang merupakan sebuah perkampungan biasa yang selalu mengadakan pesta keramaian makyong dan menorah.  Di buka pada awal tahun 1800, pekan ini terletak di pertemuan Jalan Sungai Tiang, Jalan Jenun - Pendang, Jalan Kota Sarang Semut - Pendang dan Jalan Tanah Merah - Pendang yang selari dengan Sungai Seberang Pendang.  'Pendang' berasal daripada perkataan Siam iaitu "Pendiat" yang bermaksud tempat menangkap gajah.  Pada masa itu Pendang ditadbir oleh Tuan Mat Bauk (Syed Jafri - Kerabat diraja Perlis) yang telah dilantik oleh Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

Pentadbiran Tuan Mat Bauk diganti oleh anaknya Tuan Bulat, hakim besar di Alor Setar.  Selepas itu, Penghulu Wahab Awang dan Penghulu Mohd Ariff Teh yang mewakili kaum Melayu, Tok Chooi Khoo dan Too Foo Ning yang mewakili kaum Cina manakala Haji We Maideen mewakili kaum India ditugaskan mentadbir daerah Pendang.  Kini Pendang sudah mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.





Penghulu Mukim:
ENCIK MUKHTAR BIN HAJI ABD.RASHID, AMK., PCK., BKM.