Banjir yang berlaku di Kedah telah menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah. Daerah Pendang adalah salah satu daerah yang terlibat dalam banjir ini. Mangsa-mangsa banjir di daerah ini telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara iaitu di Dewan Kompleks Sukan Tanah Merah.
Pegawai Daerah Pendang iaitu Tuan Haji Abd.Rahman bin Hj.Ismail telah melawat ke kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir ini beberapa hari yang lalu untuk mengetahui keadaan semua mangsa.
Beberapa staf Pejabat Daerah Pendang telah ditugaskan di Bilik Gerakan di Kompleks Sukan tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mangsa-mangsa banjir di penempatan sementara ini.
Bahagian sayur-sayuran. Sebahagian ibu-ibu di pusat pemindahan sibuk memotong timun untuk dibuat ulam. Salah seorang staf Pejabat Daerah Pendang turut membantu dalam aktiviti ini.
Ibu-ibu sibuk memotong ayam untuk makanan tengahari.
Aktiviti membersihkan kawasan dalam dewan
Mangsa-mangsa banjir ini diberikan rawatan kesihatan bagi mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment